Survey in perlu dijawab dalam Bahasa
7 fakta tentang saya
1. saya mempunyai tabiat menggigit jari apabila saya berasa risau. semasa saya memakai pendakap gigi, tabiat ini berkurangan buat sementara waktu kerana susah untuk menggigit jari dengan kehadiran pendakap gigi, tetapi tabiat itu kembali apabila pendakap gigi sudah dibuka.
2. saya tidak suka berada dalam bilik yang tertutup. saya akan rasa rimas kerana tidak ada aliran udara.
3. saya tidak dilahirkan untuk menjadi doktor. saya akan berasa seperti hendak pengsan sekiranya saya melihat darah dan mendengar perkara-perkara seperti prosedur pembedahan, organ dalaman atau kemalangan yang tragik.
4. saya senang menangis apabila menonton filem. kawan-kawan saya suka gelakkan saya kerana saya menangis semasa menonton narnia dan the bee movie. hahaha.
5. saya suka tidur dengan bantal yang banyak di sekeliling saya. ia membuatkan saya rasa selamat dan dilindungi :)
6. saya kurang mahir dalam mengikat tali kasut. saya pun tidak faham kenapa susah sangat untuk tali kasut saya berada dalam keadaan terikat untuk jangka masa yang panjang (lebih daripada 10 minit pun mencukupi lah).
7. saya amat menggemari makanan. jika anda tinggal bersama-sama saya, anda akan tahu berapa banyak saya makan setiap hari. tetapi saya sangat tidak menggemari sayuran berwarna jingga kecuali tomato. labu adalah salah satu sayur yang saya tidak mungkin akan makan seumur hidup saya.
7 perkara menakutkan saya
1. darah whoooh.
2. kehilangan orang-orang yang disayangi.
3. tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik untuk A-Level;
4. dan seterusnya tidak boleh menyambung pelajaran di Negeri-negeri Bersatu seperti yang dirancang :/
5. LIPAS. saya tak faham kenapa mereka suka kejar saya.
6. terlibat dalam kemalangan.
7. tidak mendapat lesen kereta. adoi.
7 lagu buat masa sekarang
1. Home - Holly Conlan
2. Better With You - Five Times August
3. More Than You Know - Shorelines End
4. You - Faulter
5. Always - Blink 182
6. Anyone Else But You - The Moldy Peaches
7. One Fine Wire - Colbie Caillat
7 perkara yang selalu saya sebut
1. wehhhh!
2. shit.
3. hmmmm?
4. ap ap la (bahasa separuh I)
5. tak suk bet la (bahasa separuh II)
6. what time is it?! (terutamanya apabila buka mata dari tidur, pandang ke luar tingkap dan nampak bahawa hari sudah cerah - seringkali perkataan "shit" ditambah di hadapan)
7. oh yeah?
7 perkara yang amat bernilai
1. keluarga saya.
2. kawan-kawan saya.
3. telefon bimbit saya.
4. kalkulator saintifik, tanpanya hidup saya boleh kucar kacir.
5. komputer bimbit saya.
6. kunci rumah kepada apartment yang saya diami, kalau hilang kena bayar RM100. pfft.
7. diri saya sendiri, semestinya, segala deria yang saya ada.
7 “pertama kali” dalam hidup saya
1. menaiki bas dari kolej ke OU dan sekitar shah alam. joyce mengatakan saya seperti seorang "bimbo" kerana terlalu teruja -_-
2. menganjurkan acara (event) yang memerlukan puluhan ribu pada tahun 2007. jantung saya seperti nak jatuh apabila memikirkannya. tambahan lagi, saya perlu melakukan perkara yang sama pada tahun ini. tolonggg!
3. menduduki peperiksaan SAT pada 3 mei 2008. sakit leher saya menjawab peperiksaan dalam masa 5 jam. zip seluar saya patah pada hari yang sama :S
4. dimasukkan ke hospital kerana menghidapi denggi semasa berada di tingkatan 4. pengalaman yang tidak akan saya lupakan, saya benci jarum!
5. belajar main gitar 2 bulan yang lepas. saya rasa tentu cikgu saya dah penat dan letih ajar saya yang tak pandai-pandai ni.
6. membuat persembahan tarian di hadapan orang ramai semasa berusia 6 tahun untuk konsert tadika saya.
7. seperti joyce, menyertai BRATS dan menaiki kapal terbang bersama dia ke pulau pinang. ia merupakan sesuatu pengalaman (that was some experience!)
7 orang bertuah (JAWAB TAG NI BALIK!)
2. Syamil
3. saya
4. tidak
5. banyak
6. rakan
7. blog :)
jika anda terbaca tag ini, silalah buat.
terima kasih.

No comments:
Post a Comment